Assalamualaikum,
Kami ada terbaca satu artikel menarik yang kami rasa boleh dikongsikan dengan anda semua, ini adalah idea kreatif dari The Art Thinker yang menghasilkan pelamin daripada tisu. Idea yang kreatif & menjimatkan kos.
Kami ingin kongsikan cara membuat pelamin dari tisu yang dihasilkan oleh The Art Thinker.
Kami ingin kongsikan cara membuat pelamin dari tisu yang dihasilkan oleh The Art Thinker.
Gambar & Entri ini diambil dari blog The Art Thinker untuk perkongsian :
![]() | |||
Gambar dari laman The Art Thinker |
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
- Dawai mata punai - lebih kurang 7 kaki lebar... x3 bahagian
- Tisu (sebanyak yg boleh) sila beli di kedai RM2.12 sebab anda akan dapat 3 bungkus. Kami spend lebih kurang RM 24 untuk mendapatkan 36 bungkus tisu.
- Kayu pancang - ikut lebar dawai mata punai contoh 7 kaki
- Paku simen - sekurang-kurangnya 3 batang
- Paku kecil 2 inci - sekurang-kurangnya 30 batang
ALATAN/KELENGKAPAN YANG LAIN :
- Paku tekan - jika perlu
- Kertas keras - jika perlu
- Pentas pelamin - kami guna papan meja yang diubah suai menjadi pentas
- Kain langsir - beli dikedai kain, sila recce harga jangan main beli. Anda boleh dapat harga semurah rm3/meter. Untuk saiz pelamin diatas, kami menggunakan 20 meter kain.
- Karpet bulu - kami guna karpet yang sama untuk servis photobooth Vv
- Bunga hiasan - recycle bunga dalam rumah. Jika perlu, beli setangkai yang ada 5 kuntum bunga. Kami beli 10 tangkai pada harga RM3.50/tangkai.
- Bunga telur - ikut suka.
- Lampu pendafloor - dua batang
- Kerusi pelamin - tambahan RM100 untuk sewa kerusi setelah ambil pakej mak andam. Tahukah anda, beli kerusi pelamin baru mencecah 2k? Huh.
- Hiasan lain yang bersesuaian dengan cita rasa pelamin impian
- Alatan menghias seperti gam tembak, gunting, pita pengukur, pembaris dan lain-lain.
Nota kaki:
*** Perlu diingatkan supaya melakar terlebih dahulu pelan pelamin dan dekorasi untuk mengelakkan pembaziran belian barang dan ruang yang akan digunakan. Lakaran juga membantu anda menjimatkan masa. Masa itu emas.
*** Untuk memaksimumkan penjimatan, gunakan barang sedia ada dirumah. Pastikan jika beli baru, barang masih akan digunakan walaupun majlis telah lama berakhir. Kalau simpan je di stor, kelak nanti mereput buat sarang anai-anai. Hahahaa baru padan muka.
Berikut merupakan gambaran aturan kerja-kerja menghias pelamin DIY menggunakan tisu:
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Biasanya dawai mata punai diguna untuk buat reban haiwan ternakan. Vv
beli segulung terus sebab bakinya boleh buat pagar untuk tanaman sayur
mama kami. Sesetengah kedai ada jual per meter, harga lebih kurang
RM5/meter. Potong tiga bahagian, setiap bahagian selebar 7 kaki.
Cantumkan setiap bahagian menggunakan dawai/tali. Anggaran saiz 6 kaki x
7 kaki.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Vv gunakan tisu full putih dan tisu bercorak hijau. Tisu putih lebih
tebal, jadi susun tisu sebanyak tiga lapisan. Manakala tisu hijau lebih
nipis, perlu susun tisu sebanyak empat lapisan.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Setelah susun tisu, poncotkan dibahagian tengah. Sumbat bahagian yang
diponcot tadi pada lubang dawai mata punai. Kiraan jarak adalah sejauh 5
lubang (melintang) x 3 lubang (menegak). Boleh ubah suai jarak mengikut
rimbunan tisu yang anda mahukan.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
- Bahagian paling atas, susun tisu kesemuanya putih.
- Bahagian dua, susun tisu putih-hijau-putih-putih.
- Bahagian tiga, susun tisu hijau-hijau-putih-putih
- Bahagian bawah, susun tisu kesemuanya hijau
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Semakin kembang tisu yang anda poncot, semakin cantik tau. Ohhya, adalah
digalakkan melakukan kerja secara berkumpulan supaya cepat siap dan
mengelakkan kebosanan okke.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan dinding tisu sekitar dua
jam, jika buat tiga orang, sambil bergurau dan bergosip. Hehehee. Vv
bahagikan tugas (a) seorang menyusun tisu (b) dua orang memoncot dan
menyumbat tisu ke lubang dawai.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Kenal pasti lokasi pelamin yang akan anda buat. Vv memilih ruang beranda
luar rumah sebab senang orang nak tepung tawar. Lagipun tak
bersesak-sesak bahagian dalam rumah. Pencahayaan yang bagus dan terang
memberi impak menarik pada gambar.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Lupa nak pesan, mana-mana dinding yang ada tingkap tu, tutuplah guna
kertas keras. Sebab... cuba bayangkan tengah sanding malam, tetiba ada
orang buka lampu kat bilik sebelah. Tak ke mengganggu tabir pelamin tu.
Kot center takpe la, ni sebelah je berlampu. Haha
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Guna paku simen untuk lekatkan kayu panjang terus pada dinding simen.
Ketuk paku kecil sebanyak yang mungkin sepanjang kayu tersebut. Paku
kecil juga mengurangkan risiko kerosakan pada dinding kerana ia hanya
melekat pada kayu sahaja. Jarak setiap paku adalah seinci. Jangan paku
selari untuk mengelakkan kayu terbelah dua. Tidak mengapa paku atas
bawah sebab dawai punai kan banyak lubangnya.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Beberapa paku turut di letak secara menegak untuk mengelakkan dawai
dibahagian tengah melengkung. Lebih kemas jika melekap terus dan tidak
berbuai. Angkat perlahan dawai penuh tisu dan sangkutkan pada paku tadi.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Pastikan- kemasan dawai kiri dan kanan diletak secara tegang hingga ke
hujung. Buat ujian gegaran untuk memastikan dawai terlekat kemas dan tak
bergoyang. Hal ini untuk mengelakkan ia jatuh semasa hari kejadian.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Heheheee
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
Design pelamin lebih mudah jika latar belakang pelamin sudah siap.
Tambahkan pencahayaan dengan meletak lampu pendafloor di belakang bawah
pentas. Bahagian depan pentas, cukup sekadar ditutup dengan karpet.
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
***************************
Pelamin DIY guna tisu sangat jimat dan sedap mata memandang. Bajet yang
diperlukan sekitar RM200 termasuk sewa kerusi. Dah siap majlis, guna
semula langsir buat alas meja, sarung bantal dan lain-lain. Bunga hiasan
boleh guna semula untuk dekorasi ruangan dalam rumah. Tisu tadi pula
kumpulkan letak dalam kotak, boleh guna semula lepas orang sudah makan.
Pakai sampai habis. Hehehee
***************************
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |
![]() |
Gambar dari laman The Art Thinker |