23 Jan 2016

Mari Kenal Jenis-Jenis Album Foto Perkahwinan

MARI KENAL JENIS-JENIS ALBUM FOTO PERKAHWINAN.

Ramai lagi bakal pengantin tak berapa tahu dan kenal album-album yang ditawarkan oleh jurufoto perkahwinan.

Ini 3 jenis album asas yang biasanya ditawarkan oleh jurufoto perkahwinan.

1. Custom Album (coffee table hardbook)
2. Photobook (softbook a.k.a magazine album)

3. Sticky Album (mockup-album nama lain)




Ketiga-tiga album mempunyai grade-grade dan kemasan (finishing) material berbeza.

Yang paling out-dated adalah Sticky Album, kerana album ini mengandungi foto bercetak saiz 4R (6x4 inci) dan 8R/W (8x12/8x10 inci). Selalunya pakej diberikan dalam bentuk ROLL. Minima 3 ROLL. Ianya masih ada lagi ditawarkan tetapi kualiti Photo Paper nya sudah agak kurang bermutu. Anda boleh buat sendiri. Beli album, cetak foto dan tampal ikut suka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEik3GSRj6k6972ZSMngSeiljfBclZmiYXi966G2zayB8WHXCuHa20IoDcpO0-cEP_YE-awg_M6whgwUBfxm2OcEZSCN1BMmWtzWoH1bUPLlHwZrnU08A1iMs7uoqHde8ECq6oRXhrJS0I0/s1600/15x15_sticky_album_1.jpg
Sumber Gambar Dari Google.com
 Kualiti Album 2/5 bintang. **

Yang paling in-trend adalah Photobook, kerana Photobook ada 2 gred, yg biasa dan yg premium. Ramai yg menyukai Photobook sebab dia ringan, mudah bawa, halaman banyak, gambar boleh besar-besar per page. Standard datang 20,40,80 pages. Perlu direka menggunakan perisian tertentu. Macam majalah, boleh koyak jika anda tidak pandai jaga.

Premium Photobook by True Love Photography
Premium Photobook by True Love Photography

Kualiti Album 4/5 bintang. ****

Yang paling normal utk kelas pertengahan adalah Custom Album. Album jenis ini berat tetapi lasak, datang dengan cover kristal atau warp cover. Standard halaman dengan 20 halaman hingga 30 halaman. Bagusnya album ini adalah cetakan Photo Paper yg berkualiti tinggi (Professional Lab Paper). Sebab nama dia Custom, jurufoto boleh design layout mengikut kreativiti dan sentuhan mereka. Tahan lama. Baling kat budak boleh mati budak tu.


Custom Album / Storybook by True Love Photography
Custom Album / Storybook by True Love Photography


Kualiti Album 4/5 bintang. **** 

Jika anda dapat PAKEJ FOTO daripada jurufoto. 
Adalah NORMAL/BIASA jika harga yg ditawarkan bagi album Photobook dan Custom Album melebihi RM 1000 ke atas. Jika bawah RM 1000 tu adalah something wrong. 

Semoga anda mempelajari sedikit tentang apa yg akan anda peroleh dari jurufoto anda. 

Yang menjadikan ALBUM foto anda 5/5 bintang adalah sentuhan jurufoto tersebut dalam menghasilkan foto-foto perkahwinan anda.

Anda boleh beli album kosong tapi kreativiti berkarya bukan sesuatu yg boleh kita sendiri lakukan. Hirelah org yg berpengalaman dan yg sepatutnya (jurufoto betul).