About Us



APA SERVIS TLP.CO
True Love Photogrpahy adalah jurugambar perkahwinan & portrait yang berpengkalan di Kulim, Kedah & Ipoh, Perak. Kepakaran kami merakamkan majlis keraian seperti majlis pertunangan (engagement), majlis nikah (solemnization) & majlis sanding atau bertandang (wedding reception).

PENGALAMAN 
Pengalaman kami bermula pada tahun 2012 lagi sehingga ke hari ini & telah merakamkan lebih 500 majlis keraian dari majlis yang kecil & ringkas sehingga majlis yang besar. Pelbagai suka & duka telah ditempuhi bagi memberikan kualiti & servis yang baik setimpal dengan harga yang kami tawarkan. Setiap pengalaman adalah mutiara bagi kami agar kami terus berkembang untuk menjadi yang terbaik.


 KAWASAN
Kami boleh bertugas di seluruh Malaysia dan Negeri yang selalu kami cover adalah Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Pulau Pinang & Kedah, di kawasan ini kami tidak mengenakan sebarang caj perjalanan. Namun jika ada pelanggan dari negeri lain yang meminati hasil kerja kami boleh hubungi kami untuk pertanyaan lebih lanjut.

 
 SASARAN 
Sasaran kami pada tahun 2016 ini adalah ingin memberikan servis yang terbaik dari aspek layanan jurugambar kami, penghasilan gambar, pembikinan & penghantaran album yang cepat demi kepuasan pelanggan. Kami mengharapkan sokongan daripada anda & kami ucapkan ribuan terima kasih.