19 Aug 2015

3 Tips Semulajadi Untuk Mencerahkan Kulit Wajah

Kulit yang cerah adalah setiap dambaan wanita mahupun lelaki ada juga yer, namun sekarang terdapat pelbagai produk kecantikan untuk mencerahkan kulit. Ya! tidak dinafikan ada sesetengah produk mampu mencerahkan kulit tetapi mungkin terdapat kesan sampingan terhadap kulit.

Ada diantara kita mempunyai kulit yang sensitif, jadi di sini kami kongsikan kepada anda 3 tips semulajadi untuk mencerahkan kulit wajah.


Tips Pertama :

Untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu jus lemon yang dicampur dengan  satu jus tomato. Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.


Tips Kedua :

Ambil jus jeruk atau tomato, dan tambahkan dua sudu yogurt segar. Sapukan larutan tersebut pada wajah anda dan biarkan hingga kering dan cuci hingga bersih. petua ini akan membantu untuk mengimbangi kulit kering dan kulit anda akan menjadi lebih segar. Ianya juga dapat dipakai untuk jenis berkulit berminyak. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.


Tips Ketiga :

Ambil 1 sudu yogurt segar dan campurkan dengan 1/2 sudu madu. Kemudian sapukan pada wajah selama 10 sehingga 15 minit. Jika diamalkan secara konsisten ia akan dapat mencerahkan kulit dan kulit akan sekata. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.