3 Feb 2016

5 Tips Untuk Gambar Perkahwinan Anda

Mengupah jurugambar untuk majlis anda tentunya satu pelaburan yang berbaloi. Pastikan anda dan pasangan anda kelihatan wow dalam gambar dengan 10 tips ini.




#1: Pastikan anda rehat dengan cukup. Malam sebelum anda diijabkabulkan itu, pastikan anda rehat dengan cukup. Jika anda penat, walaupun ada make up yang boleh bantu anda nampak cantik, aura dan tenaga anda tidak akan berada pada paras optimum. Mula buat persediaan awal sedikit supaya anda tidak perlu stay up lama-lama.


#2 : Pastikan anda ada masa yang cukup untuk bersiap. Big day? Anda akan memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap. Pastikan anda susun dan patuhi jadual persediaan anda dengan tepat. Tak mahulah nanti banyak perkara tergendala kerana anda lambat bersiap. Nanti rushing, sampai mahu ambil gambar sebelum majlis berlangsung pun tidak sempat.



 
#3: Hiaskan tempat anda bersiap dan pencahayaannya terang. Anda selalu lihat gambar pengantin sedang bersiap kan? Mesti anda tidak mahu gambar anda nanti penuh dengan barang bersepah. Handbag bridesmaids merata-rata, katil tak kemas dan sebagainya. Jadi, sebelum anda benarkan jurugambar masuk, pastikan tempat anda bersiap kemas. Hiaskan sedikit bilik anda. Pencahayaan juga penting. Kalau gelap nanti akan memberi efek yang kurang menarik kepada gambar anda.




#4: Selesa. Keselasaan adalah keutamaan anda. Jika anda tidak selesa untuk bergerak kerana baju anda, pastikan anda alter apa yang patut sebelum majlis berlangsung. Ketika bergambar nanti, lebih elok jika anda tidak perlu berfikir banyak sangat dan hanya bergembira pada waktu tersebut. Tidak seronoklah jika ketika sedang bergambar dengan pasangan, minda anda ligat memikirkan tentang seluar anda yang ketat.




#5: Jadi diri anda sendiri: Gambar-gambar perkahwinan anda bukan untuk hanya untuk tatapan keluarga dan kawan-kawan anda sahaja, Gambar-gambar ini adalah saksi penyatuan hati dan keluarga antara anda dan pasangan. Macam treasure untuk anda berdua. Kalau kekok, kaku, dan cuba bergambar mengikut kepuasan orang lain, macam mana anda dan pasangan mahu relate balik dengan the magical feelingyang anda berdua rasa ketika disatukan? Anda pun mesti nak tunjuk kepada anak-anak, cucu, cicit, piut dan seterusnya, bukan? Jadi, jadi diri anda sendiri.