Hantaran
Perkahwinan adalah sebahagian daripada adat Melayu, Untuk bakal
pengantin anda boleh baca artikel ini untuk mendapatkan idea dan
diolahkan untuk hantaran perkahwinan anda. Gambar-gambar hantaran ini
adalah hasil bidikan daripada kami TLP(True Love Photography)
Selamat membaca.
1.
Selamat membaca.

1.
Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda
sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak
seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda
bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang
terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda
sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak
dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si
mempelai.

2.

2.
Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit
pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat
dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak
perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran
yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran
anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi
barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang,
gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth:
Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
3.

3.
Dalam
senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri,
makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung,
kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada
juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak
memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
4.

4.
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna.
pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk
digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk
kesemua dulang hantaran.
5.

5.
Elakkan dari membeli barang-barang
hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray
dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan
bersaiz sederhana atau kecil.
6.

6.
Boleh juga sesuaikan pemilihan
barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri
kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda
bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak
memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana
bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang
hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat
bayangkan bukan?
7.

7.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib
bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan
tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi
kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8.

8.
Pilih
warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting
untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
9.

9.
Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk
barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar
mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh
kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.

10.

10.
Anda boleh
kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so
jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran
anda.
11.

11.
Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai
salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan
tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis
buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan
dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Perkongsian artikel ini diambil dari :